Mak Lampir
- Mel
- Mar 4, 2015
- 2 min read
Ahad, 2 April 2020, 12.40 pagi.
Entah mengapa malam itu aku tidur terlalu awal. Mungkin keletihan seharian bermesyuarat. Mana tidaknya, pukul 8 pagi mesyuarat dengan menteri besar Pulau Pinang hal projek jambatan ke 3. Pukul 10 pulak majlis charity di Ipoh, pukul 2.30 mesyuarat balik dengan TMJ hal bola johor. Tak cukup dengan itu, pukul 6 lepas waktu pejabat pun ada mesyuarat dengan JKKK kawasan rumah perihal hal ehwal keselamatan penduduk. Mesyuarat yang last tu je kena paksa dengan ketua JKKK. Entah bila la nak letak jawatan.
Sampai dirumah, kelihatan Auni sedang nyenyak tidur sambil tangan masih lagi menggenggam sebungkus popcorn yang sudah separuh habis. Aku geleng kepala dan terus merebahkan badan.
Tiba-tiba selang beberapa jam, aku terbangun kerana ketukan deras di muka pintu bilik. Nak harapkan Auni yang bangun, kirim salam lah. Aku pun bangun membuka pintu. Rupa-rupanya Cinderella.
Cinderella : Papa, Cindy tak boleh tidur.
Aku : Laa kenapa pulak? Dah pukul 3 ni kan. Esok nak sekolah. Papa ada meeting dengan Dr. Rozmey esok ni.
Cinderella : Tapi.. Bawah katil Cindy ada monster.
Aku pun mendukung Cinderella ke biliknya.
Aku : Hah mana dia monster tu? Tak ada pun?
Cinderella : Tadi ada, betul. Cindy dengar bunyi kruk krak bawah tu.
Dengan pandangan yang penuh sabar dan kasih sayang aku pun berkata,
Aku : Cindy, mana ada monster dekat Malaysia ni. Itu semua dekat oversea je. Yang kruk krak tu bunyi Mak Lampir.
Cinderella : Mak Lampir? Mak Lampir tu apa papa?
Aku : Mak Lampir.. Hmmm.. Haa Mak Lampir tu macam Bugs Bunny. Dia datang kejap je.
Keesokan harinya mesyuarat dengan Dr. Rozmey terpaksa ditunda kerana dipanggil oleh cikgu Cindy kerana heboh satu tadika yang rumah kami ada Mak Lampir.
Comments