Mak Lampir (director’s cut)
- Mel
- Mar 4, 2015
- 2 min read
Ahad, 2 April 2020, 12.39 pagi
Sejak kebelakangan ni, sejak Muzamel menang tender buat kapal Udang Galah itu hari yang telah melonjakkan ekonomi negara dalam industri udang galah antarabangsa, komain tak putus-putus diundang untuk meeting pembangunan dengan orang ternama. Padahal dia buat kapal tu sebab dok mengidam udang galah. Aku rasa aku yang tengah mengandung Cinderella time tu, dia yang mengidam.
Malam tu aku tunggu dia sampai pukul 8pm walaupun aku baru habis oncall shift. 32 jam kat hospital. Dah lah ada 4 surgeries aku kena assist sebab doktor lain tak pandai buat new way yang aku invent, “The Acindyz”, iaitu cara bedah yang paling minima risiko dan tinggi kejayaannya untuk treat leukimia. Tu pun sebab time tu aku tengah syok main lego dengan Cinderella, tiba-tiba dapat ilham. The Acindyz tu ambil dari nama dia lah. Aku A, Muzamel Z. And aku in the line untuk next nobel prize tapi tak kisah sangat sebab bagi aku better bagi peluang kat orang lain sebab aku dah ada 4 nobel prizes. Apelah sangat dikejar kesenangan dunia.
Ok berbalik kepada masa aku tunggu Muzamel balik. Aku tunggu dia pasal semalam lagi aku dah pesan harini aku nak beli beras, sebab beras kat rumah dah habis. Dia kata esok kita pegi beli barang dapur. Sekali dia kata nak finalize meeting dengan Dr Rozmey. Hari ahad pun sibuk. Aku tau dia tak ingat, tapi takpe, sebab aku faham aku diamkan aje. Tu yang aku jumpa biji-biji jagung lebihan masa birthday ke-4 Cinderella 3 bulan lepas, aku buat popcorn caramel. Kitorang makan sambil tengok Bugs Bunny & Friends. Faveret dia.
Lepas aku dah tidurkan Cinderella dalam bilik, aku sambung tengok series dalam bilik aku rekod kat TV, Scandal season 8. Cerita ni memang best. Aku follow dari zaman before kawen dengan Muzamel lagi. Entah camna entah aku boleh tertidur, tapi yang pasti time tu Muzamel tak balik lagi. Tergendala lagi plan nak beli barang dapur.
Esok paginya, aku bangun awal sebab aku nak beli kuih untuk breakfast. Aku tengok Muzamel kat sebelah dengan air liurnya meleleh kat bantal. Penat sangat lah tu. Aku senyum. Nasib baik comel.
Bukak pintu, Cinderella dah melompat-lompat peluk aku. Aku balas pelukan dia penuh kasih sayang.
Cinderella: Mama! Mama! Cindy ade kawan baru yay!
Aku: Ha? Kawan baru? Siapa?
Cinderella: Mak Lampir. Dia duduk bawah katil Cindy.
Hah?! Ada mak lampir kat rumah ni ke? Paling penting mana dia belajar pasal Mak Lampir pulak ni.
Tengahari tu masa aku baru habis ward round aku dapat call dari tadika Cinderella. Kecoh satu tadika rumah kitorang ada Mak Lampir. Time tu Muzamel dah sampai awal kat sekolah. Tengah dukung Cinderella. Dari jauh aku nampak dia tersengih-sengih.
Sah. Aku tahu kerja siapa kes Mak Lampir ni.
Comments