top of page

Untuk Kamu Yang Bergelar Isteri

  • Writer: Mel
    Mel
  • Feb 5, 2015
  • 1 min read

Aku akan bergelar menjadi seorang suami,

kerana engkau telah ku angkat menjadi seorang isteri,

Aku akan selalu tersenyum di waktu bangun dari tidurku di pagi hari,

kerana wujudnya kamu yang berada di sisi,

Aku akan diam, mendengar dan cuba fahami,

kerana ketika itu kamu mungkin sedang sakit hati,

Aku akan ketawa, atau bercanda malah mungkin menari,

kerana mungkin ketika itu kamu merasa pahit macam kopi,

Malah,

Aku sedang mengarang satu puisi,

Untuk kamu yang selalunya bergelar isteri.

Comments


bottom of page